Saturday, June 20, 2009

TAK NAK DIBULI? JADILAH SEORANG SENIORRRRR!!

nak berkuasa?dpt control org?bleh maki sesiapa pun dgn sesuka hati?klu bdk skolah asrama plak, bleh isap rokok tanpa perlu dipukul untuk mandapatkan lesen?
Jawapannya mudah - "jadi SENIOR".
Boleh ke kita jd senior?Aku rasa tak mgkin.Ini bermakna kita akan kene buli sampai bila2.Sampai msk kubo.Dlm kubo pun aku rasa chances untuk kene buli masih tinggi.
TAK PERCAYA?

-Zaman sekolah-

Tak perlu dinafikan lagi, bdk darjah 1 kene buli dgn bdk darjah 2, dorg plak kene buli dgn darjh 3. yang drjah 3 plak kene buli dgn darjah 4 sampai la ke ranking form 4 kene buli ngan form 5.Panjang siratan makanan tu. Sume bdk2 mengimpikan saat2 untuk menjadi form 5. Bleh jd SENIOR. xpyh beratur time beli nasi lemak kat kantin, bleh pau duit bdk2. Bleh ngorat bdk junior yg lawa2 tanpa rasa takut dan isap rokok dlm tandas dengan tenang.
Jd Form 5 xkene buli dah ke? adakah siratan makanan td dah smpai ke penghujungnya?
Xpayah nak bermimpi. Ingat ko duduk kat skolah je ke? Ptg2 time pegi main bola kat padang tmn perumahan kene buli ngan org da keje. Pegi beli rokok terserempak ngan bdk2 bujang jiran umah dah kene pau sebatang dua. Beli gitar kapok mahal2 terpaksa bagi pinjam kat bdk2 mat rock kangkang yg mlepak bwh pokok dpn umah.So, jd bdk form 5 masih belum SENIOR lg.

-Zaman keje-

Zaman ni lg teruk kene buli. Kene maki ngan bos da konfem pnya. belum lagi kene wat keje handover dr staf-staf lama yg bajet bagus. Hari2 keje smpai mlm siapkan keje org lain. Silap2 kene tikam blakang ngan ofismate yg xpuas ati ngan korg, trus kene buang keje. Pastu dpt keje lain, jd "bdk baru" lg skali. Kene buli lg. Uuishh. gila khinzir.

-Zaman keje gak tp naik pangkat-

haaa.kali ni korg bleh la buli org bwh.Tp ingatla saudara skalian.Korg tetap kene buli gak. Client complain produk x ok, Big bos maki korg sbb produktiviti down and yg plg sedih staf pulaukan korg sampai kene lunch sorg2 kat meja ujung skali..hahaha.kene buli blk ngan staf.bodo.

-Zaman pencen-

Slalunya time cam ni korg mesti ingat da SENIOR gila siput khinzir. Bleh ckp apa pun org akan dengar dan hormat. Klu org muda lalu pun dia akan ckp "tumpang lalu pakcik" sambil membongkokkan bdn tanda hormat. Suka la tu. Boleh buli org.Yes!!Tp anda kene ingat. Anda sudah tua.Klu nasib xbrapa baik kene anta umah org tua2. Xpun time smayang kat surau terserempak plak ngan ex senior korg time darjah 1 dulu. dah kene buli lg skali.haha

Sebenarnya apa yg aku nak sampaikan kat sini, kita kene slalu berbaik2 ngan org. Bina perhubungan yg rapat dan sihat dgn masyarakat sekeliling.Beri contoh yg baik kpd generasi muda dan jgn selfish. Bak kate karam singh- bagai menukul paku, paku tak kene, jari berdarah, isap darah di jari, terkene aids.

Sekian

1 comment:

  1. Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

    Pagi-pagi, sudah mencemuh,
    Si pemandu terus terdiam mengeluh,
    Bos ini jenis yang kecoh,
    Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

    “Ada pelanggan hendak jumpa”,
    Itulah kata si setiausaha,
    Bos enggan, mengantuk katanya,
    Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

    Bos memanggil mesyuarat mengejut,
    Ada pekerja berjalan bak siput,
    Bos pun menengking sampailah semput,
    Para pekerja terkentut-kentut.

    ReplyDelete