Sunday, May 24, 2009

"1 Malaysia"..knape kita selalu negatifkan konsep yg bagus?

1 Malaysia.Itulah slogan dan konsep yang diperkenalkan oleh PM Dato' Seri Najib Tun Razak. Skang ni masih ramai yg tak phm mksud sebenar konsep yg diperjuangkan oleh PM kita. Ada sesetengah pihak yg berkata konsep ini diwujudkan untuk memancing undi rakyat untuk kembali mengundi BN. Ada juga yg ckp "ala,islam hadhari da cannot go,wat plak konsep ni." Aku xbrapa setuju bila ada suara yg cuba memperkotak-katik konsep ni. Sbnrnya aku x menyebelahi mana2 parti, daftar undi pun blum. Maybe dlm thn ni aku akn tunaikan kewajipan untuk daftar undi.
Berbalik kpd 1 malaysia td,bg aku PM wujudkan konsep ni amat tepat pada masanya. Kita imbas kembali apa yang dah berlaku dlm masa terdekat ni dan tentunya tak perlu untuk diceritakan lagi, dan paling menyedihkan ia melibatkan sentimen perkauman. Jd konsep ni bukanlah saja2 dibuat oleh PM tapi adalah untuk menyatukan kembali rakyat Malaysia supaya hidup dgn lebih aman dan harmoni. Amatlah menyedihkan kerana sekiranya kita menolak bulat2 konsep ini, bermakna kita sendiri mahukan negara berada dalam kancah konflik dan pergaduhan setiap masa.
Aku ada terdengar pakcik2 yang melepak kat kedai mamak berborak mengenai perkara ni. "Mana boleh! 1 Malaysia maknanye org melayu, cina,ngan india sume dapat sama rata. Ooh, xadil. Kt orang melayu, tanah pusaka nenek moyang kt mana bleh bagi...prong..prang..prong."Itulah persepsi orang yang tak terbuka mindanya. Suruh membaca tak ndak.
Ehem..Pakcik dan makcik sekalian,jgn khuatir. PM kita tidaklah sebegitu 'tak cerdik' untuk menggadaikan hak kita sbgai org melayu. Dalam prlembagaan UMNO pimpinan beliau sendiri pun ada perjuangkan hak org melayu malahan merperjuangkan islam sbgai agama rasmi negara. Apa yang perlu kita faham mengenai konsep '1 Malaysia' ni, adalah untuk membela nasib rakyat tak kira kaum dan agama agar seorang pun x terpinggir dari mengecapi nikmat hidup dalam arus pemodenan negara. tak timbul isu hak org melayu.
So, untuk mengetahui dgn lebih lanjut, skang Dato' Seri Rais Yatim tgh wat roadshow untuk buat penerangan lebih lanjut mengenai konsep ni. Dengar dulu br bagi pandangan. Jangan main bedal je.

No comments:

Post a Comment